Selepas meniti detik sukar dan mencatat kemenangan keatas Newcastle, kini anak-anak buah bimbingan Jurgen Klopp berada di persada liga, memintas Manchester City dengan kelebihan sebanyak 2 mata. Pada jam 3 pagi nanti, Manchester City akan berdepan dengan kelab pertengahan liga, Leicester City yang menduduki tempat ke 9 liga.
Pep Guardiola perlu memastikan pasukannya menang dalam merebut kembali takhkta liga dari seterunya, Liverpool. Manchester City yang akan bermain di laman sendiri perlu memastikan 3 mata penuh menjadi milik mereka.
Untuk rekod, Manchester City memiliki 7 kemenangan berbanding Leicester City yang mempunyai 6 kemenangan dan 2 kali seri sepanjang 15 kali perjumpaan.
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media