Lelaki Pakistan parah dikelar perompak

SEORANG lelaki warga Pakistan parah dikelar perompak ketika sedang melakukan kerja pembersihan bersama seorang rakannya di Alam Impian, Seksyen 35, Shah Alam, hari ini.

Dalam kejadian 10 pagi itu, mangsa, Zahir Ahmad parah pada bahagian pipi akibat dikelar dengan senjata tajam.

Menurut rakan mangsa, ketika kejadian mereka didatangi dua lelaki India yang juga suspek dengan menaiki sebuah motosikal jenis Modenas Kriss.

Salah seorang suspek telah mengambil telefon bimbit milik Zahir dan terus beredar.

Tidak lama selepas itu, suspek datang semula dan cuba mengambil barang-barang lain milik mangsa.

Mangsa cuba menangkap salah seorang suspek sebelum dia dicederakan dengan senjata tajam.

Suspek berjaya melarikan diri manakala Zahir dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk menerima rawatan.

Mangsa kini dirawat di zon merah Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut.



Sumber: kulihatlangitbiru.com