Lelaki nyaris rugi RM1,499 selepas tertarik tengok iklan jual TV 65'' di Shopee


TAKTIK TERBARU SCAMMER SHOPEE

1. Benda ini real sebab terjadi kat aku sendiri. Nak dijadikan cerita, aku memang tengah cari TV baru. Sekali nampak pula iklan di Shopee, TV Haier 65''. Smart Android - RM1,499.17. Half price kot? Kat Giant harganya RM2,999.


2. Dengan rasa penuh excited, aku pun terus beli walaupun aku tahu seller ini baru create account 9 hari lalu masa itu dan belum ada lagi feedback dari customer atau rating bagi produk tersebut. Aku fikir positif, mungkin seller ini nak buat clearance stock, siapa cepat dia dapat. 

3. Keesokan harinya, tiba-tiba aku dapat WhatsApp dari seller. Benda ini tak pelik lagi sebab seller member boleh dapat info phone number dengan email kita. Seller ini kata, barang dah siap pack dan sedia untuk dihantar. Tetapi sebelum itu dia nak verify aku dulu. 

4. Dia kata, selepas ini aku akan dapat SMS verification code dari Shopee dan perlu serahkan kod itu kepada dia. Damn! Macam real gila sebab aku memang dapat SMS dari Shopee number 63360 itu. Of courselah aku tak bagi sebab sepanjang aku duk membeli beelah di Shopee, tak pernah lagi seller request macam ni. 





5. Sebab dah ada transaction tolak dari kad kredit, aku terus request nak refund. Kalau di Shopee, diorang guna sistem selagi customer tak terima barang untuk certain time, selagi itu diorang tak release payment pada seller. Kiranya kita ada masa untuk request refund atau return kalau barang tak sampai atau rosak. 

6. FYI, biasa kita dapat SMS verification code dari Shopee ini untuk request tukar password atau time kita first time login new browser. Kau bayangkanlah kalau aku bagi verification code itu. Dia hijack akaun aku, kemudian klik 'order received'. Shopee pun release payment kepada dia. Takpun, dia ambil details kad kredit kita ke. 

7. Aku dah call Shopee. Apa action patut aku atau diorang buat pada seller macam ni? Sebab aku tak nak orang lain terkena especially first time user ke. Shopee suruh aku report, nanti diorang akan ambil tindakan. Aku terus report tapi macam tiada tindakan dan seller itu masih wujud. Keesokan harinya bila aku call lagi, baru diorang remove seller itu. 


Sumber: Faiz Zarizi


Sumber : thereporter.my