Mahkamah
Majistret Besut hari ini menjatuhkan hukuman penjara 41 bulan terhadap
seorang lelaki yang menikam imam di Masjid Kampung Apal, baru-baru ini.
Majistret
Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat membuat keputusan itu selepas
tertuduh, Muhammad Khairil Nawi, 24, mengaku bersalah terhadap
pertuduhan yang dibacakan.
Tertuduh
didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja
menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain benda
berbahaya.
Mengikut
pertuduhan, Muhammad Khairil didakwa menikam Mohd Amin Md Nor, 37,
dengan menggunakan pisau yang mungkin menyebabkan kematian di dalam
Masjid Kampung Apal pada 12 Mei lalu, jam 6.30 pagi.
Pendakwaan
dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Norkhizan Ramli, manakala
tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan
(YBGK), Mohd Fakhrul Fikri Mokhtar.
Dalam
kejadian 12 Mei lalu, mangsa yang sedang membaca al-Quran ditikam oleh
Muhammad Khairil kerana bacaan imam itu didakwa telah mengganggu dia
yang sedang tidur.
Sumber: Astro Awani
LAPORAN BERKAITAN
Sumber : thereporter.my