KUALA LUMPUR – Beberapa pemimpin politik dijangka lebih agresif menyerang Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yang mempertahankan kuota matrikulasi dan mempertikaikan tindakan majikan menetapkan syarat fasih bahasa Mandarin di negara ini.
Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusof berkata, mereka ini akan menuntut supaya Menteri Pendidikan itu memohon maaf dan meletakkan jawatan kerana telah mengeluarkan kenyataan yang disifatkan perkauman.
Namun, sehingga kini, masih tidak ramai pemimpin-pemimpin Melayu dan bumiputera terutamanya daripada Pakatan Harapan yang cuba membela tindakan Ahli Parlimen Simpang Renggam itu, seolah-olah Maszlee kini dilihat bergerak bersendirian.
Berikut merupakan kenyataan penuh Kamarul Zaman yang dimuat naik dalam status Facebook hari ini:
Saya memerhatikan dengan penuh minat serangan terbaru pemimpin DAP terhadap Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, dalam isu kuota pelajar matrikulasi universiti awam.
Perit sekali tentunya membaca cercaan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CCC) DAP merangkap Ahli Exco Kerajaan Selangor, Datuk Teng Chang Khim bahawa Maszlee bodoh.
Turut keras adalah kenyataan Ahli CCC DAP merangkap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy, bahawa Maszlee tidak berbeza dengan pemimpin UMNO.
Apatah lagi bila cercaan dan kenyataan ini dilaporkan oleh media massa termasuk oleh media antarabangsa berpengaruh seperti Channel News Asia pada 17 Mei lalu.
Sebenarnya ini bukanlah kali pertama Maszlee selaku Menteri Pendidikan berhadapan dengan serangan pemimpin DAP kerana sebelum ini pun ia pernah beberapa kali berlaku.
Kali pertama adalah bila Maszlee memaklumkan di Parlimen mengenai tiadanya peruntukan bagi sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) kerana SMPC tidak termasuk dalam sistem pendidikan nasional.
Paling kuat menyerang beliau pada waktu itu adalah Ketua Pemuda Sosialis (DAPSY) Kebangsaan merangkap Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bercham, Ong Boon Piow.
Boon Piow dalam kenyataan pada 26 Julai 2018 menggesa Perdana Menteri agar meneliti semula kesesuaian Maszlee menjadi Menteri Pendidikan.
Kali kedua adalah bila Maszlee menasihatkan di Parlimen supaya guru-guru agama dari Semenanjung yang bertugas di Sarawak menjadikan negeri itu sebagai ‘medan dakwah’.
Menyerang beliau pada ketika itu adalah ADUN Bukit Assek, Irene Mary Chang dan Setiausaha Publisiti DAPSY Sarawak merangkap Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa.
Abdul Aziz dalam kenyataan pada 21 Disember 2018 juga mendesak Maszlee yang ‘incompetent’ dan ‘insensitive’ ini supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan.
Dengan lonjakan dalam nada serangan pemimpin DAP ini, bolehlah dijangkakan bahawa akan ada tindakan yang lebih agresif bagi menggugat kedudukan Maszlee selepas ini.
Ditambah dengan bakaran rakan seperarakan 1969 (Gerakan) supaya DAP mendesak Perdana Menteri memecat Maszlee yang rasis dan di bawah prestasi.
Malah, tiga minggu lalu, Stephen Ng telah membuat satu petisyen yang kini telah mengumpul lebih 48,000 tandatangan bagi mendesak Perdana Menteri memecat Maszlee.
Dua hari lalu pula gerakan No Hope Malaysia telah membuat satu lagi petisyen yang kini telah mengumpul lebih 12,000 tandatangan bagi mendesak Maszlee meletakkan jawatan.
Agak memeranjatkan bila masih ramai yang seperti belum sedar mengenai tema asas semua serangan ini dan bila hampir tidak ada yang berani mempertahankan Maszlee.
Oleh itu, walau apa perbezaan atau sungutan yang ada, sebagaimana mereka dapat bersatu, eloklah jika kita membela beliau atas sifat beliau sebagai mangsa kerakusan
Sumber: kulihatlangitbiru.com