Kerana Kebosanan, Habis Satu Kedai Terbakar?!


Korang tahu tak, ada sebuah kedai basikal di England, lebih tepat di Bury St Edmunds, musnah terbakar apabila dua pekerja kedai basikal berkenaan membakar beberapa bangkai tikus yang ditemui selepas berasa bosan di tempat kerja.

Kedai basikal berkenaan mengalami kerugian £1.6 juta (RM8.5 juta). Menurut pendengaran mahkamah Ipswich Crown pada selasa, Dysney Sibbons dan Ashley Finley bertindak membakar bangkai tikus kerana mahu menceriakan hari bosan mereka. Kedua-dua mereka mengaku bersalah hari pertama perbicaraan itu.

Untuk info, kejadian ini sudah lama berlaku, iaitu pada akhir September 2017. Kerja-kerja pemadaman kedai basikal ini membabitkan lebih 60 orang anggota bomba.

Harapan kami di Oh!Media agar perkara sedemikian tidak berlaku di Malaysia. Info yang kami dapat, selalunya yang bakar kedai ni nak claim insurans je, hahaha.


Sumber: Oh! Media