Kepa Menjadi Wira Pasukan Chelsea ke Final Liga Europe


Awal pagi tadi, Kepa Arrizabalaga penjaga gol pasukan Chelsea berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti sekaligus mengangkat dia sebagai wira apabila Blues berjaya menyingkirkan pasukan Eintracht Frankfurt 4-3 dan mara ke final Liga Europe.

Kemenangan pada aksi separuh akhir kedua di Stamford Bridge itu menyaksikan skuad kendalian Maurizio Sarri akan bertemu seteru tetangga London, Arsenal di pentas final di Baku pada 29 Mei ini.

Buat pertama kali dalam sejarah kejohanan Eropah itu, keempat-empat pasukan yang beraksi di pentas final Liga Europa dan Liga Juara-Juara adalah pasukan dari England selepas Tottenham dan Liverpool turut mara ke pentas akhir pada aksi lebih awal.

Bekas pengurus Napoli itu menegaskan pasukannya ‘layak’ untuk memenangi trofi musim ini dan pengendali dari Itali itu hanya selangkah lagi untuk melakukannya.

Sumber: Oh! Media