Penyerang pasukan Chelsea, Eden Hazard telah mengesahkan bahawa kemenangan mereka di Liga Europa awal pagi tadi merupakan hadiah terakhir darinya untuk pasukan Chelsea. Ini selepas, Hazard berjaya meledak dua gol dalam menewaskan Arsenal 4-1 di Baku.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Olimpik Baku di Azerbajian itu telah menyaksikan babak pertama tanpa sebarang jaringan, namun aksi kedua menceritakan segalanya apabila Giroud berjaya memecah kebuntuan dengan menewaskan Pets Cech pada minit ke-49..
Hazard selepas itu membuat umpanan kepada Pedro Rodriguez untuk gol kedua Chelsea sebelum melebarkan jurang dengan dua gol jaringannya sendiri – termasuk penalti – yang diselangi dengan gol tunggal Arsenal menerusi pemain gantian Alex Iwobi.
“Saya rasa ia adalah ucapan selamat tinggal, tetapi dalam bola sepak anda tidak dapat menjangkakannya,” kata pemain 28 tahun itu. “Impian saya adalah untuk bermain di Liga Perdana Inggeris dan saya sudah melakukannya bersama salah sebuah kelab terbesar, jadi mungkin sudah tiba masanya untuk cabaran baharu.”
Untuk pengetahuan korang, Hazard selepas ini akan membantu pasukan Real Madrid selepas berada di England selama 7 tahun dan ini pastinya menjadi detik terbaik untuk tamatkan aksi bersama Chelsea.
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media