Kantoi curang, gadis ‘gagap’ nak menjawab dengan teman lelaki

Kisah suami isteri atau kekasih curang kerap diperkataka sejak kebelakangan ini. Ia bukan sahaja melibatkan golongan selebriti popular malah turut dialami golongan biasa termasuk mereka yang baru menginjak usia remaja.

Semalam, tular video seorang remaja perempuan cuba mempertahankan dirinya selepas kantoi curang bersama lelaki lain di sebuah pusat membeli-belah. Video itu dipercayai dirakam bekas teman lelakinya yang dikenali sebagai Rul Putra.

Perempuan pula curang

Video berdurasi 20 minit itu pada mulanya dimuat naik ke Facebook milik Rul Putra namun ia dipadamkan tidak lama selepas itu.

Bagaimanapun, seorang individu yang dikenali sebagai Ikerey sempat memuat turun video tersebut lalu dimuat naik semula ke Twitter dalam versi pendek untuk tatapan umum.

Dahlah berhutang!

Remaja perempuan yang dikenali sebagai Shera Mei itu dikatan turut berhutang dengan Rul Putra mengakibatkan lelaki tidak puas hati.

Walaupun tidak langsung berkasar dengan Shera, melalui tutur katanya jelas menunjukkan yang dia begitu kecewa kerana hatinya telah dipermainkan.

Minta maaf sebab tak sayang…

Tidak berapa lama selepas pertelagahan antara mereka di sebuah pusat membeli-belah, Shera Mei telah memuat naik video permohonan maafnya kepada Rul Putra melalui Instagram.

Dia menyedari bahawa dia sengaja mempermainkan perasaan lelaki itu bagi mendapatkan wang.

Dasar mata duitan!

Menerusi Facebook Rul Putra, ramai netizen telah mengecam tindakan yang dilakukan oleh remaja perempuan tersebut.

Rata-rata netizen bengang dengan perbuatannya kerana sengaja berlaku curang dengan alasan tidak menyayangi teman lelakinya dan hanya mahukan duit semata-mata.

Bunga bukan sekuntum bro…

Carilah yang betul-betul elok



Sumber: kulihatlangitbiru.com