Kami Tidak Putus Harapan - Adik Farid Kamil


Pelakon dan penerbit, Fadzil Zahari yang juga adik kepada Datuk Farid Kamil tidak putus harapan agar Farid dapat dibebaskan dari penjara untuk menyambut perayaan Aidilfitri bersama keluarga. Fadzil berkata, mereka sekeluarga yang masih dalam keadaan terkejut dengan keputusan mahkamah pada 15 Mei lalu untuk penjarakan pelakon itu selama sembilan bulan.

"Saya telah melawat Farid. Alhamdulillah, dia lebih tenang dan kuat berdepan dengan dugaan ini berbanding kali pertama dimasukkan ke lokap dulu," kongsinya.

Terdahulu, Mahkamah Majistret Petaling Jaya memerintahkan Farid menjalani hukuman penjara selama sembilan bulan dan berada bawah pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun kerana menggunakan dadah jenis ganja pada Januari tahun lalu dan mahkamah turut memerintahkan Farid menjalani hukuman penjara serta-merta pada 15 Mei lalu

Sumber: Oh! Media