Jokowi diumum pemenang Pilihan Raya Presiden Indonesia

JAKARTA – Penyandang jawatan, Joko Widodo (Jokowi) diumumkan pemenang Pilihan Raya Presiden Indonesia awal pagi ini dengan mendapat 55.5 peratus undi mengatasi pesaingnya Jeneral Prabowo Subianto yang mendapat 45 peratus undi.

Keputusan rasmi itu dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia (KPU) awal pagi Selasa yang turut mengesahkan keputusan tidak rasmi sebelum ini dalam pilihan raya yang berlangsung pada 17 April lepas.

Meskipun kemenangan selesa dicatatkan Jokowi, ia berkemungkinan dicabar Prabowo yang mendakwa berlaku penipuan sepanjang pilihan raya berlangsung.

Jokowi meraih 85 juta daripada 154 juta undi.

Tiada sebarang kenyataan dikeluarkan kem Probowo sehingga kini.

Sebuah agensi pemantau pilihan raya, pada Isnin menyangkal berlakunya penipuan secara sistemetik sepanjang perjalanan pilihan raya kerana tiada bukti kukuh dikemukakan.

Pemerhati dan penganalisis pilihan raya juga berkata proses pengundian berjalan secara bebas dan adil.



Sumber: kulihatlangitbiru.com