Selepas berlaku tunjuk perasaan yang dasyat di Jakarta oleh penyokong calon presiden, Prabowo Subianto, kini jalan utama di Jakarta itu dibuka semula dan kembali sibuk semalam.
Perhimpunan yang diadakan pada 21 dan 22 Mei itu bertukar ganas apabila mereka tidak boleh menerima keputusan pelihanraya.
Rusuhan berlaku di luar pekarangan Agensi Pemantau Pilihan Raya (BAWASLU) di Jalan MH Thamrin di Jakarta Tengah pada malam 21 Mei lalu, sebelum merebak ke kawasan berhampiran seperti Tanah Abang dan Slipi di Jakarta Barat.
Gabenor Jakarta, Anies Baswedan, berkata lapan mangsa terbunuh, manakala ratusan lagi cedera, termasuk wartawan dan pekerja kemanusiaan dalam rusuhan berkenaan.
Beberapa pusat beli belah utama seperti Sarinah, Plaza Indonesia dan Grand Indonesia, selain Tanah Abang turut terjejas, hingga memaksa mereka menutup operasi selama beberapa hari dan kerugian dianggarkan bernilai lebih Rp1 trilion (RM290.94 juta).
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media