Jalan TAR Akan Dibuka Semula Bagi Persiapan Hari Raya


Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad memaklumkan bahawa Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) akan dibuka semula kepada semua kenderaan persendiria selepas keputusan menutup jalan itu dilakukan pada setiap hujung minggu.

Keputusan ini diambil bagi memudahkan orang ramai membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri dan ia diputuskan selepas berbincang dengan Batu Road Retailers Association (BARRA) dan Masjid India Business Association (Miba).


"Oleh kerana ia merupakan bulan puasa dan menjangkakan jualan meningkat khususnya menjelang Hari Raya, mereka mohon jalan ini dibuka untuk hari minggu untuk persiapan membeli belah untuk Raya.

"Maka selepas berbincang bersama, kita membuat keputusan Jalan TAR akan dibuka kembali pada hari Sabtu dan Ahad sehingga hujung bulan Syawal supaya pembeli boleh datang dan dapat kemudahan membeli-belah," katanya.

Untuk pengetakuan korang, keputusan menutup jalan TAR ini diambil bagi memberi laluan menjadikan jalan sepanjang kira-kira 1 kilometer itu sebagai kawasan pejalan kaki.
Sumber: Oh! Media