Inkues Adib: Peguam wakili KPKT dan keluarga Adib tarik diri secara mengejut

KUALA LUMPUR – Mahkamah Koroner Shah Alam hari ini dikejutkan dengan pengumuman penarikan diri pihak peguam, Syazlin Mansor yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

“Saya menarik diri daripada mewakili KPKT, pihak bomba dan keluarga Adib.

“Dengan penarikan diri ini saya percaya Prof Sharom sebagai saksi pakar dalam kes ini juga terbatal,” kata Syazlin di hadapan koroner Rofiah Mohammad.

Peguam, Taufiq Baharom yang juga mewakili keluarga Muhammad Adib bagaimanapun menyerahkan keputusan itu kepada Koroner Rofiah Mohammad.

“Saya serah keputusan kepada Mahkamah Koroner sama ada untuk teruskan atau tidak inkues ini kerana pihak kami tidak saksi lain lagi,”, jelas Taufiq.

Saksi ke-29, Prof Shahrom Abdul Wahid yang merupakan bekas Pakar Forensik HUKM itu sepatutnya dipanggil semula untuk memberi keterangan pada hari ini.

Ketika ini sesi prosiding inkues sedang menantikan keputusan Mahkamah Koroner berhubung sesi prosiding inkues ini.



Sumber: kulihatlangitbiru.com