1 Syawal adalah detik yang dinanti oleh seluruh umat Islam sebagai tanda kemenangan setelah sebulan menjalankan ibadah puasa yang menguji ketahanan fizikal dan mental. Ia bertujuan untuk membantu seseorang untuk menghayati kehidupan mereka yang kurang bernasib baik dengan berlapar dan rasa dahaga sebagaimana yang dirasai oleh mereka.
Dalam erti kata lain, seseorang itu akan lebih bersyukur dengan kesenangan hidupnya dan tidak lokek yang membantu mereka yang dalam kekurangan. Kedua ialah memberi seseorang kemampuan untuk mengawal kehendak diri dan nafsu.
Semasa berpuasa, umat Islam belajar untuk mengawal kehendak diri seperti lapar dan dahaga serta mengelakkan diri daripada berbuat kejahatan. Seterusnya, ia mengelakkan Muslim bagi melakukan perkara yang lebih membawa kerosakan kepada diri dan aktiviti-aktiviti lain yang tidak bermanfaat.
Dan akhir sekali, ia bertujuan untuk menawarkan masa bagi Muslim untuk mensucikan jiwa mereka dan membangunkan kesedaran kemanusian dan spiritual. Ramadhan adalah bulan pembersihan jiwa bagi Muslim dan mereka biasanya menjemput sanak saudara dan sahabat handai berbuka puasa di rumah dan solat berjemaah. Begitu juga sifat pemaaf dan jujur disuburkan dalam bulan Ramadhan ini.
Hari Raya Aidilfitri disambut gilang gemilang masyarakat di Malaysia. Juadah, perhiasan, dan kenduri kendara sana sini meriah bersama keluarga serta sahabat taulan. Dalam menyambut hari raya, mungkin kita perlu renungkan beberapa permasalahan yang sering dilakukan oleh masyarakat kita. Inilah kesilapan yang sering dilakukan semasa Hari Raya Aidilfitri.
1. Pakaian Wanita
Mengapa wanita sedangkan lelaki juga tidak kurangnya? Umum diketahui wanita sering menjadi perhatian dan itu menyebabkan agama memandang serius mengenai aspek pemakaian wanita khususnya dalam musim perayaan. Kebiasaan dalam masyarakat kita, apabila tiba hari raya, maka di situlah segala penampilan menonjol dipamerkan. Apatah lagi apabila wanita berpakaian tidak sekadar dengan perhiasan yang menarik perhatian malah mengikut bentuk badan yang jelas mendedahkan aurat. Ini sangat ditegah dalam agama namun ini jugalah yang sering dilakukan oleh masyarakat kita. Kononnya atas alasan perayaan sekali dalam setahun maka segala garis panduan agama diketepikan.2. Sentuhan
Budaya masyarakat melayu tidak lari dari amalan bersalaman sama ada sesama keluarga mahupun tetamu. Namun sebagai muslin, kita seharusnya peka dengan batas sentuhan dengan orang lain. Wanita tidak boleh bersentuhan dengan lelaki yang bukan mahram dan begitulah sebaliknya. Ada yang memberi alasan kononya kawan rapat, sepupu, pakcik dan sebagainya. Semua ini tidak boleh dilihat dari segi aspek emosi semata-mata, melainkan dengan mengutamakan pandangan agama terlebih dahulu. Diharap hari raya ini, para wanita di luar sana seharusnya lebih sensitif dengan isu ini. Di sinilah kita memulakan didikan kepada masyarakat mengenai cara hidup Islam yang sebenar.3. Kubur
Meskipun tiada nas yang menunjukkan nabi menziarahi kubur pada hari raya dan tiada hadis yang melarangnya, maka ulama telah berpandangan harus untuk menziarahinya namun mestilah dengan adab yang betul dan tidak melampau. Adalah tidak elok sekiranya menziarahi kubur itu sehingga berkumpul beramai-ramai mengakibatkan kubur orang lain dipijak atau menyandar binaan kubur orang lain semata-mata membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan. Sekiranya perkara ini berlaku, ia dialarang manurut mazhab Syafie sebagaimana dihuraikan oleh Imam Khatib As-Syarbini (Mughni al-Muhtaj, 1/354 Minhaj al-Tolobin).4. Meninggalkan solat
Ini sangat serius. Ibadah selama sebulan hanya menjadi sia-sia sekiranya ia tidak memberi sebarang keinsafan semasa hari raia. Bergembira sepanjang aidilfitri tidak boleh dijadikan alasan untuk meninggalkan solat. Ia adalah satu kelalaian yang serius dan berdosa.5. Dosa bertempoh
Apa yang dimaksudkan ialah maksiat yang tertangguh semasa bulan ramadhan dilakukan semula selepas bulan tersebut. Ini termasuklah menyambung balik permusuhan, atau kembali melakukan maksiat, berkata yang mendatangkan dosa, mengumpat, berbohong, chating yang mengundang syahwat, dan banyak lagi.Sumber: Oh! Media