Kecantikan dan wanita memang tak dapat dipisahkan. Terutama bila ada sale barang kosmetik tentu saja gedung itu dipenuhi kaum Hawa. Tapi, dari menghabiskan duit dan perlu beratur panjang semata-mata untuk cantik, lebih baik anda amalkan petua awet muda ini mengikut cara Islam.
Petua awet muda mengikut cara Islam ini telah diguna pakai oleh nenek anda sejak zaman dahulu, sebab itulah anda boleh lihat wajah orang tua dulu-dulu cantik dan putih mulus kulitnya.
Tak macam sekarang, kadang-kadang, walaupun kita pakai kosmetik mahal, tapi muka tetap berjerawat dan kusam. Tak mengapa, jom cuba petua awet muda ini dan semoga ia berhasil dengan baik. Lantas jerawat pun takut nak dekat!
1. Urut wajah sambil berselawat
Petua awet muda pertama ialah bangun saja dari tidur, jangan mandi dan gosok gigi dulu tapi terus saja anda urut wajah dengan air bermula dari dagu hingga ke atas dahi. Ia harus disertakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Buat setiap hari supaya wajah anda bersih, suci dan naik seri.
2. Minum air dan selawat sebelum berus gigi
3. Tanam kuku atau rambut
4. Selawat ke tapak tangan dan sapu ke muka
5. Baca surah Yusuf dan minum air suam tiga teguk
Jadi selepas bersolat, anda amalkan baca suruh Yusuf. Kalau rasa tak boleh nak habiskan satu surah sehari, bacalah sekurangnya satu muka surat sehari. Kemudian teguk air suam sebanyak 3 kali . Dengan petua awet muda ini wajah akan kembali muda dari usia sebenar. Wah, memang perlu cuba ini!
6. Baca surah Al-Waqiah
7. Mandi embun
Petua awet muda menurut Islam seterusnya ialah anda harus mandi berembun. Maksudnya mandi pagi ketika nak solat Subuh. Ambil daun berembun dan usap perlahan pada wajah, tubuh dan kepala. Ia dikatakan mampu membuatkan wajah kembali bersinar dan kelihatan ceria.8. Urut wajah selepas bangun tidur
Biasanya kita bila bagun tidur terus pegang handphone kan? Adalah lebih baik anda mengurut wajah dahulu. Caranya, gunakan jari telunjuk dan letakkan di dagu. Kemudian jari ke pipi, hidung dan atas dahi. Selepas berurut, minum air suam sebelum anda bersarapan.
Selamat mencuba!
Sumber: Oh! Media