Indonesia Siap Sedia Tenggelamkan Kapal Asing Terasuk Dari Malaysia


Pihak berkuasan Indonesia hari ini telah mula menenggelamkan puluhan bot asing yang disita kerana memasuki kawasan perairan mereka dan ini bagi menangani aktiviti penangkapan ikan secara haram.

Sebanyak 51 bot asing termasuk dari Vietnam, Malaysia dan China dikumpulkan di beberapa lokasi untuk ditenggelamkan.





Indonesia juga mengatakan mereka mengalami kerugian ekonomi akibat penguatkuasaan tidak tegas yang membolehkan bot asing menangkap ikan di perairan Indonesia.

Sejak Presiden Joko Widodo berkhidmat pada 2014, ratusan kapal nelayan asing yang disita sudah diletupkan dan lebih separuh daripadanya adalah dari Vietnam.

Tindakan in diambil semula selepas sebuah bot pengawal pantai Vietnam bertindak melanggar kapal tentera laut Indonesia semasa mereka sedang menyita kapal pukat haram.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media