Gaza Under Attack! Bayi 14 Bulan dan Ibu Sarat Mengandung Antara Yang Terbunuh


Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, menjelang sahaja bulan ramadhan pasti rejim Israel akan mulakan serangan mereka ke atas bumi Gaza.

Ini dapat dilihat selepas, seorang bayi Palestin yang baru berusia 14 bulan dan ibunya yang sarat mengandung didapati terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza, semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, Saba Abu Arar dan ibunya Falastin Abu Arar, 37, mengalami kecederaan parah dalam serangan itu.

Tambah kementerian itu, kakak Saba yang identitinya masih belum diketahui turut cedera namun dilaporkan selamat.

Ketegangan di Genting Gaza memuncak selepas tentera Israel menembak mati empat penduduk Palestin yang menyertai protes besar-beasaran di sempadan Gaza-Israel, kelmarin.

Sebanyak 116 orang dewasa dan 39 kanak-kanak dan wanita turut tercedera dalam serangan tentera Israel.
Sumber: Oh! Media