Nampaknya kami tertinggal satu lagi filem dari MCU yang bakal hadir selepas filem Avengers: Endgame. James Gunn yang sebelum ini kembali semula ke kerusi pengarah bagi filem Guardian Of The Galaxy, telah mengumumkan bahawa ia akan memulakan penggambaran GOTG 3 pada tahun hadapan.
James Gunn terlebih dahulu perlu menyelesaikan tugas sebagai pengarah untuk filem reboot Suicide Squad yang akan memulakan penggambaran tahun ini. Suicide Squad akan ditayangkan di pawagam pada 6 Ogos 2021.
Para pelakon asal GOTG sudah pasti akan kembali melakonkan watak masing-masing. Masih tiada info sama ada Chris Hemsworth akan membuat kemunculan khas atau tidak memandangkan pada akhir babak Avengers: Endgame, sesuatu berlaku di situ.
Sumber: Oh! Media