Filem animasi Ejen Ali: The Movie dijangka bakal menemui peminat di pawagam pada penghujung tahun ini. Perkara ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutid WAU Animation, Usamah Zain yang mengatakan pihaknya kini menggunakan lebih 80 pereka animasi dan pelukis grafik tempatan bagi memastikan ia dapat disiapkan menjelang September depan.
Ejen Ali: The Movie akan memiliki penambahan watak dan perincian latar yang memerlukan lebih kepakaran.
“Sudah pasti Wau Animation cukup teliti, baik dari segi lakaran watak, perincian pergerakan setiap karakter, aturan babak, latar dan pelbagai aspek lain dalam menghidupkan animasi ini di layar perak.
“Setiap elemen memerlukan proses panjang, malah kerja praproduksi filem ini sudah dimulakan sejak dua tahun lalu, terutama membabitkan lakaran. Kita mahu filem ini sama tahapnya dengan produk keluaran syarikat antarabangsa seperti Pixar, Walt Disney Pictures dan Sony Pictures Animation,” katanya mengenai animasi berbajet RM6 juta itu.
Untuk pengetahuan korang, siri animasi Ejen Ali sebelum ini telah melebarkan sayapnya di 50 buah negara termasuk Unted Kingdon dan filem ini turut akan ditayangkan di Indonesia, Singapura dan Brunei serta turut mengintai untuk ditayangkan di beberapa negara lain.
Sumber: Oh! Media