Tular semalam mengenai butang baju melayu dengan logo PDRM di media sosial. Walaubagaimanapun, butang baju melayu berkenaan tidak dijual untuk orang awam. Tindakan undang-undang termasuk membatalkan permit perniagaan boleh dikenakan terhadap individu yang menjual butang baju Melayu logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada orang awam.
Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad, berkata kelengkapan dan peralatan pakaian seragam PDRM hanya boleh dijual kepada anggota polis termasuk polis bantuan, kadet polis, Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) dan Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) dengan menunjukkan kad sijil pelantikan.
Katanya lagi, setiap peniaga perlu mencatatkan butiran pembeli menerusi buku daftar jualan sebagai bukti butang berkenaan tidak dijual kepada orang awam kerana khuatir akan timbul penjualan secara terbuka yang boleh mengundang perlakuan jenayah.
Proses ini tidak dapat dilakukan sekiranya penjualan dibuat dalam talian, malah kesahihan status pembeli dan kad kuasa yang ditunjukkan secara dalam talian juga tidak dapat dipastikan, tambahnya lagi.
Oh!Media: Nasihat kami pada peniaga butang baju melayu diluar sana, terutama yang menjual butang baju melayu dengan logo PDRM, sila ikuti arahan yang telah di nyatakan di dalam artikel diatas supaya tidak mendapat susah di kemudian hari.
Sumber: Oh! Media