Buka Hotel Kapal Terbang Dalam Hutan? Betul Ke Ni?!


Korang tahu tak ada 'idea gila' nak wujudkan hotel kapal terbang dalam hutan? Ya memang ada. Kevin Young Thien Sheng dan ayahnya berhasrat untuk membuka hotel unik itu yang menggunakan pesawat Boeing 737-400 dan dijangka dapat direalisasikan pada awal tahun hadapan, walaupun mengeluarkan belanja yang besar.

Bagi merealisasikan impian itu, Kevin memberitahu beliau kini 'meninggalkan sementara' urusan perniagaannya di Kuala Lumpur kerana mahu seluruh tenaga dan masa ditumpukan kepada pembinaan hotel itu, supaya siap mengikut jadual.


Bagi 'melindungi' keunikan hotel itu, mereka sedang mendaftarkan jenama hotel kapal terbang itu dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) kerana berhasrat mahu membuka hotel dengan konsep serupa di lokasi berbeza.

Oh! Media: Harap line kat hotel ni lajulah, bukan apa senang kalau kami datang bertandang ke sana nanti, hehehe.





Sumber: Oh! Media