Bilal baru dilantik menangis laung azan kali pertama di Masjid Nabawi

SEORANG lelaki yang baru dilantik menjadi bilal di Masjid Nabawi menangis teresak-esak apabila melaungkan azan buat kali pertama di masjid suci umat Islam itu.

Bilal yang dikenali sebagai Mohammed Marwan dilantik sebagai bilal baharu bagi menggantikan bilal lama yang telah bersara.

Menerusi video yang tular di media sosial, Mohammed Marwan gagal menahan sebak lalu setelah selesai melaungkan azan, beliau terus sujud sebagai tanda syukur kepada Allah SWT.

Rata-rata netizen yang menonton video berkenaan turut sebak apabila mendengar kemerduan suara bilal tersebut.






Sumber: kulihatlangitbiru.com