Bazar Masjid India, Tumpuan Warga Kota Terbakar Awal Pagi Tadi


Oh! Media dapat berita yang bazar Masjid India terbakar awal pagi tadi. Nampaknya nasib tidak menyebelahi 30 peniaga apabila gerai perniagaan mereka musnah dalam kebakaran, meski tinggal dua minggu sahaja lagi untuk kita menyambut kedatangan Syawal.

Menurut L. Logeswaran, Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, menyatakan bahawa pusat gerakan operasi menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada pukul 1.35 pagi dan tiba di tempat kejadian pada pukul 1.45 pagi. Operasi memadam kebakaran melibatkan anggota dari balai Sentul, Hang Tuah, Titiwangsa serta bantuan dari Pudu.


“Tiga puluh unit gerai yang antaranya menjual pakaian, beg dan kasut terbakar sepenuhnya dan kami dapat padamkan api sepenuhnya pada pukul 2.04 pagi,” katanya ketika dihubungi. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

Oh! Media harapkan para peniaga di bazar berkenaan mendapat ganti rugi yang setimpal dan pembelaan sewajarnya memandangkan hari raya akan menjelma tidak lama lagi.



Sumber: Oh! Media