Bayaran Bantuan Sara Hidup Fasa Ke-2 Mula 28 Mei


KementerianKewangan mengumumkan pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) fasa kedua akan dilaksanakan mulai 28 Mei ini. Menterinya, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan berkata, pembayaran itu berdasarkan kategori BSH 2019 merangkumi bilangan anak tanggungan dan nilai yang akan diterima.

Pembayaran kali ini melibatkan 3.6 juta penerima bantuan dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.42 billion. kadar BSH yang akan diterima mengambil kira 3.23 juta anak penerima berumur 18 tahun ke bawah kecuali anak kurang upaya (OKU) yang tidak dihadkan umur mereka.

Kementerian Kewangan ingin menegaskan bahawa BSH diberi kepada mereka yang benar-benar layak mengikut kategori pendapatan yang telah ditetapkan. pelaksanaan proses verifikasi dibuat secara menyeluruh terutama dalam mengenal pasti pendapatan terkini pemohon dengan membuat semakan data bersama pelbagai agensi.


Oh!Media: Harap sebelum raya bayaran ini dapat dijelaskan sepenuhnya bagi meringankan beban untuk membeli keperluan raya nanti.

Sumber: Oh! Media