Bacaan al-Quran ‘sempurna’, remaja 13 tahun jadi imam Tarawih

SUDAH menjadi kebiasaan bagi sesetengah masjid menjemput pelajar-pelajar tahfiz untuk menjadi imam solat Tarawih bagi menarik lebih ramai jemaah datang ke masjid.

Ini kerana, majoriti pelajar tahfiz yang dijemput memiliki suara yang merdu selain mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran.

Antara masjid yang menjemput pelajar tahfiz menjadi imam Tarawih ialah Masjid An-Nur Kampung Melayu, Subang. Apa yang menariknya, pelajar tahfiz yang menjadi imam jemputan baru berusia 13 tahun!

Wah, mudanya…

Pelajar yang dikenali sebagai Faris Farhan itu sedang menuntut di Maahad Tahfiz Darul Hikmah, Denai Alam, Selangor.

Video Faris Farhan mengimami solat Tarawih semalam disiarkan secara live menerusi Facebook rasmi maahad tersebut.

Rata-rata netizen yang menonton siaran langsung itu terpegun dengan kemerduan suara Faris Farhan.

Bukan itu sahaja, sebutan dan hukum tajwid cukup sempura walaupun umurnya masih muda sehingga mendapat pujian dari netizen.



Sumber: kulihatlangitbiru.com