'Anak tak nak hantar saya ke IJN, hanya bagi RM50 saja untuk isi minyak'


Viral di media sosial kisah seorang lelaki tua yang menghidap penyakit jantung menunggang motosikal Suzuki RC80 sejauh 226 kilometer dari Kuantan ke IJN Kuala Lumpur, mengundang rasa simpati netizen. 

Difahamkan, lelaki tua ini terpaksa menunggang motosikal dalam keadaan sakit bagi menghadiri temujanji yang telah ditetapkan dan dia mendakwa anaknya enggan menghantarnya ke pusat rawatan tersebut. 

Oleh kerana tiada pilihan, dia terpaksa menunggang motosikal dengan dibekalkan RM50 oleh anaknya untuk mengisi minyak bagi perjalanan yang mengambil masa lebih dari dua jam itu. 

ALLAHUAKHBAR. Ya Allah, hebat dan kesian pakcik ini. Ceritanya, saya dalam perjalanan ke Jalan Gombak. ke tapak busking kami #spacebuskers, ternampak seorang pakcik membawa motosikal lama nombor pendaftaran KY537. 

Dipendekkan cerita, pakcik ini dari Kuantan, Pahang, naik motosikal seorang diri dalam keadaan tak berapa sihat, semput dan masalah jantung. 


Saya suruh pakcik ini berhenti tepi untuk rehat. Kesian, tercungap-cungap pakcik ini. Saya tanya pakcik nak ke mana.

"Pakcik nak ke IJN, ada appointment hari Isnin." 

Saya tanya lagi, "Kenapa tak jalan hari isnin?"

Dengan air mata pakcik mengalir, dia menjawab, "Anak saya tak nak hantar saya ke IJN. Anak saya bagi RM50 sahaja untuk isi minyak" 

Ya Allah, kesiannya pakcik ini. Saya hanya mampu escorrt pakcik ini sampai ke jalan Titiwangsa dan beri bantuan sejumlah wang yang ada. Kemudian dia jalan sendiri ke IJN. 

Sedih rasa hati bila pakcik ini cakap anak-anak dia tak tolong dia. 


NIAT HANYA MAHU MEMBANTU

Mengenai post saya malam tadi, setelah saya baca komen-komen dan macam-macam kisah yang saya dapat. Ada yang kata pakcik ini dari Kedah, dari Melaka, dari Kuantan. Ada juga yang komen pernah jumpa pakcik ini, ada juga yang kata pakcik ini memang ke IJN, ada juga yang kata pakcik ini sebenarnya OKU. 

Tapi saya tak kisah semua itu. Niat saya baik, hanya membantu orang yang dalam kesusahan. Dari segi viral yang saya buat ini, supaya orang tahu atau kenal siapa pakcik ini, kalau terjadi apa-apa pada pakcik ini, mudah untuk keluarga pakcik ini cari, boleh tahu dia di mana.

Kepada yang komen atau kecam saya, silakan. Saya tak halang. Sekali lagi saya cakap, niat saya baik, hanya mampu bantu mana yang saya mampu sebagai sesama manusia. 



Sumber : thereporter.my