Menurut Erni, sekumpulan remaja terbabit bagaimanapun tidak berjaya memecah masuk ke premisnya. Tetapi kamera litar tertutup (CCTV) kedainya telah dirosakkan.
"Diorang tak dapat masuk pun, cuma rasa seram sajalah. Kot-kot malam ini diorang datang lagi," katanya.
Pemilik premis hanya menyedari kejadian itu selepas mendapati kamera CCTV dirosakkan dan terus memeriksa rakaman video pada malam kejadian.
Berdasarkan video CCTV, suspek cuba membuka roller shutter kedai itu dengan merosakkan lubang kuncinya tetapi gagal sebelum beredar.
Pada video kedua pula menunjukkan suspek dan rakannya menyedari perbuatan mereka dirakam lalu berusaha merosakkan kamera tersebut.
Ekoran kejadian itu, pemilik telah membuat laporan polis dan kes itu kini dalam siasatan.
Tolong viralkan budak ni try nak merompak dekat kedai saya and dia bersama sama dngn rakan dia area pasar seremban 🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻 pic.twitter.com/yIgHNo3Q13— erni (@ernisfia_) April 15, 2019
— erni (@ernisfia_) April 15, 2019
— erni (@ernisfia_) April 15, 2019
Ekoran kejadian itu, pemilik telah membuat laporan polis dan kes itu kini dalam siasatan.
Sumber : thereporter.my