(Video) 'Saya dah tegur, tapi mereka biadap & kata saya tak boleh buat apa-apa' - Bikers Singapura selamba merokok di Stesen Petron


Sudah ditegur, namun sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Singapura ini memilih untuk biadap dan merokok di stesen minyak yang umum mengetahui ia adalah zon larangan merokok. 

Dalam insiden yang berlaku pada jam 5:15 petang semalam di Stesen Petron di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh, Thiagarajah Nesan telah menegur perbuatan mereka agar tidak merokok di kawasan itu dan papan tanda larangan merokok juga jelas dipamerkan di kawasan itu. 

Malangnya, kumpulan terbabit enggan menerima teguran itu dan berkata Thiagarajah tidak dapat mengambil tindakan terhadap mereka. 

"Saya sudah menegur perbuatan mereka, tetapi mereka mencabar saya dengan berkata saya tidak dapat buat apa-apa terhadap mereka.

"Kemudian saya memaklumkan kepada kakitangan Petron, namun mereka pula memaklumkan 'boss' mereka tiada di premis dan itu bukan tanggungjawab mereka. 





"Saya laporkan insiden itu kepada pihak lembaga lebuhraya dan PLUS, tetapi mereka juga berkata tiada apa yang saya dapat lakukan dan meminta saya viralkan insiden itu di Facebook. 

"Tolong viralkan agar mereka dikenakan tindakan dan biar mereka tahu bahawa di Malaysia kita tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan," katanya. 

Menurut Thiagarajah, dia memuat naik insiden itu di Facebook kerana bimbang dengan keselamatan orang ramai yang berhampiran. 

"Tangki petrol hanya 50 meter saja dari tempat mereka merokok. Bayangkan kalau berlaku kejadian yang tidak diingini. 


"Pagoh juga merupakan tempat perhentian bas di man aada ramai keluarga dan kanak-kanak. Saya bangkitkan soal keselamatan di sini, tambahan pula cuaca yang panas dan apa-apa saja boleh berlaku. 

"Adalah menyedihkan juga bila kakitangan stesen berkata bukan tanggungjawab mereka untuk menegur perbuatan individu yang merokok di kawasan premis mereka. Habis itu siapa?" ujarnya. 


Sumber : thereporter.my