(Video) 'Ini sudah melampau!' - Netizen selar tindakan penyokong PH geledah kereta MPV Polis


Viral di media sosial tindakan beberapa penyokong Pakatan Harapan (PH) di Rantau, Negeri Sembilan mendesak anggota MPV Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka bonet belakang untuk diperiksa. 

Tindakan mereka itu bukan sahaja tidak menghormati anggota polis, malah bertindak semberono mengeledah kenderaan rasmi PDRM seolah-olah mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. 

Difahamkan, sekumpulan penyokong terbabit berbuat demikian kerana bimbang kenderaan itu membawa 'undi hantu'. 

Berdasarkan dua video tersebut, salah seorang penyokong terbabit berkata, dia hanya memeriksa kenderaan MPV itu mengikut prosedur. 



Tetapi netizen mempersoalkan apa hak mereka berbuat demikian dan mengikut prosedur apa dan dari siapa, sedangkan orang awam tidak berkelayakan untuk berbuat demikian. 

Netizen juga menyelar tindakan mereka yang tidak ubah seperti pembangkang sebelum berjaya memenangi PRU14 lalu. 

Justeru, netizen mendesak polis mengambil tindakan terhadap kumpulan terbabit yang sudah jelas sekali mencalar dan menjatuhkan maruah anggota PDRM.

Dalam PRK DUN Rantau yang baru berakhir semalam, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berjaya mengekalkan penguasaan BN di DUN berkenaan, manakala Dr Streram (PKR) dan dua lagi calon Bebas tewas. 



Sumber : thereporter.my