(Video) 'Ayah! Mak pengsan!' - Sempat rakam kelibat wanita tua misteri sebelum pengsan


Viral di media sosial video yang dirakam seorang wanita yang mendakwa ternampak kelibat wanita tua bertongkat ketika mereka sekeluarga sedang beriadah di sebatang sungai. 

Tidak dinyatakan lokasi kejadian, tetapi ada beberapa individu mendakwa kawasan itu kelihatan seperti Sungai Ulu Kenas Kuala Kangsar, Perak atau Sungai Mahang, Nilai, Negeri Sembilan. 

Berdasarkan video durasi 1 minit 53 saat itu, si ibu terdahulu merakam kawasan sekitar sebelum ternampak kelibat seorang wanita tua bertongkat berdiri di atas batu (sebelah kiri pandangan) yang memerhati gerak geri mereka anak beranak. 

Terkejut dengan penampakan itu, si ibu terus memanggil anak-anaknya balik, tetapi tiga anaknya itu masih mahu bermain di tengah sungai itu. 

"Awal lagi mak, ayah tengah memancing tu!" jawab anak perempuannya. 

SI ibu yang dipercayai ketakutan terus naik semula ke tebing sungai dan sekali lagi memanggil anak-anaknya pulang. 

Namun wanita tua itu secara tiba-tiba muncul di batu sebelah kanan pandangan mata, menimbulkan tanda tanya bagaimana dia boleh bergerak dengan begitu pantas. 

Wanita misteri itu beredar perlahan-lahan meninggalkan mereka. 

"Anaa, cepatlah," kata si ibu yang dipercayai jatuh pengsan, tetapi telefon bimbitnya masih meneruskan rakaman video. 

"Ayah! Mak pengsan! Ayah! Mak pengsan!" kata si anak lelaki. 


Sementara itu, di media sosial netizen memberi pelbagai reaksi mereka. Ada yang percaya dan juga sebaliknya di mana mereka mendakwa itu sekadar lakonan atau gurauan sahaja. 

"Dia cuba tak nak beritahu anak-anak dia sebab dia sendiri pun dah ketakutan tu," kata netizen. 

Seorang lagi netizen pula mendakwa, "Ini port aku selalu pergi mandi wei! Kat kampung aku saja ni. Orang cakap itu memang laluan dia. Dia nak balik rumah dia di Gunung Bubu yang ada 1,001 rahsia ceritanya," kata netizen bernama WanNur Effina. 


Sumber : thereporter.my