"Sebenarnya saya sudah lama sakit, tulang kering kaki kiri terpaksa dipotong dan diganti tulang kecil kaki kanan," demikian kata Norliza Hussain, 39, yang menghidap kanser fibromatosis kaki kiri sejak awal tahun 2015.
Menurut Norliza, sebelum mengetahui dirinya menghidap kanser itu, kaki kirinya selalu berdenyut dan sakit dalam tulang, lenguh-lenguh dan tidak kuat.
Sehinggalah tulang kering kaki kirinya dikesan mempunyai ketumbuhan yang semakin membesar, lalu doktor mencadangkan agar dia menjalani pembedahan.
Selesai pembedahan, keadaan kakinya tidak menunjukkan perkembangan yang baik dan sekali lagi dia terpaksa menjalani pembedahan dan seterusnya.
"Setakat ini sudah lima kali saya menjalani pembedahan. Yang pertama dan kedua di Hospital Alor Setar, Kedah, manakala yang ketiga masa itu teruk. Dari Hospital Sungai Petani, saya dipindahkan ke HUSM Kubang Kelantan, terus masuk ke dewan bedah yang menelan masa 23 jam.
"Tulang kering kaki kiri terpaksa dipotong dan digantikan dengan tulang kecil kaki kanan. Hampir dua tahun saya tidak boleh berjalan.
"Dalam tempoh itu juga, saya terpaksa ulang alik ke HUSM Kubang Kerian, semua itu memerlukan kos yang tinggi," katanya memetik laporan dari Keluarga.
Walaupun keadaannya seperti itu, Norliza tabah menghadapinya dan berniaga nasi lemak untuk mencari sumber pendapatan, selain menjual sos, tudung dari rumah ke rumah.
"Walau bertongkat dua, masak atas kerusi tapi saya kena lakukan walaupun saya tak mampu. Tapi saya paksakan diri. Kehidupan kami sangat susah dan hanya suami seorang sahaja yan gbekerja.
"Berapa sangatlah yang kami dapat kumpul, sehinggakan setiap kali nak pergi ke HUSM, saya terpaksa berhutang sana sini kerana tiada duit.
"Lebih malang lagi, tulang yang ditukar itu retak patah atas skru. Terpaksa disimen lagi selama lima bulan. Mungkin ini dugaan untuk saya, kaki belum sembuh dah mula sibuk buat kerja.
"Selama ulang alik rawatan, nasib tak baik lagi jadi lagi seperti sebelum ini. Kali ini ditepi-tepi tulang baru. Jadi kena lakukan pembedahan lagi. Selain itu saya juga terpaksa melakukan radio terapi untuk matikan sel.
"Tempat tersebut pula dijangkiti kuman menyebabkan saya demam sebelum menjalani pembedahan seterusnya.
"Cuma kali ini di Sungai Petani, tanpa jahit di kawasan tepi tulang baru, tapi saya kena cuci dua bulan setengah. Malangnya, kena lagi jangkitan. Waktu itu saya buat susulan di HUSM. Jadi kenapa saya ditahan wad sana pula tambah antibiotik. Jangkitan mungki dari kesan radioterapi.
"Doktor maklumkan ada masalah, tulang itu tidak cantik, nampak kesan-kesan putih. Berkemungkinan tulang itu mudah reput atau patah, atau kembali seperti sebelum ini.
"Tetapi segalanya bergantung kepada MRI. Sekiranya tulang itu terpaksa dibuang, ia perlu digantikan semula dengan tulang baru yang mungkin kena dengan harganya mungkin ribu atau puluh ribu.
"Sekarang saya sudah selesaikan MRI di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan sekarang cuma perlu teruskan rawatan di HUSM semula.
"Memang payah sakit macam saya kerana ia berulang-ulang. Cuma doktor pesan jangan bagi jatuh takut tulang itu patah. Saya sudah lama berulang alik dari Kedah ke HUSM Kubang Kerian, bukannya mudah. Rasanya dekat 100 kali atau lebih," katanya.
Bagi mereka yang mahu membantu meringankan beban Norliza Hussain, boleh hubungi 017-5202434 atau salurkan sumbangan anda ke nombor akaun Maybank 102055018475 Norliza Bt Husain.
Sumber: Keluarga, Chintaa Akmalnyza
Sumber : thereporter.my