Tukar Segera 10 Kata Laluan Ini Jika Tidak Mahu Digodam Dengan Mudah


Pemilihan kata laluan yang baik dan selamat seharusnya menjadi keutamaan setiap orang, kerana penggunaan kata laluan yang mudah mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk digodam.

Memang ramai di antara kita hanya akan menggunakan kata laluan yang mudah untuk diingat seperi '123456; atau 'abc123' yang diletakkan di akaun sosial media mahupun akaun peribadi seperti bank dan lain-lain.

Menurut tinjauan yang didedahkan oleh National Cyber Security Center, United Kingdom, terdapat 10 kata laluan yang sering digunakan warga internet.

Ini termasuk nama penyanyi kesayangan, pasukan bola yang disokong dan karakter kartun kegemaran yang terlalu lazim digunakan.

10 kata laluan yang disenaraikan rapuh dan tidak selamat:

- 123456
- blink182
- liverpool
- superman
- manutd
- ashley
- michael
- cowboys1
- iloveyou
- abc123

Jika 10 kata laluan ini masih digunakan korang, bolehlah menukarnya segera dan gunakanlah kata lalu yang lebih kukuh dan rekodkanlah kata laluan berkenaan di satu tempat sebagai rujukan sekiranya terlupa.

Untuk rekod, digit “123456” sahaja sudah digunakan oleh 23.2 juta pengguna manakala “123456789” digunakan oleh 7.7 juta orang.

Manakala, kata laluan “qwerty” dan “password” juga masing-masing telah digunakan hampir 3 juta pengguna seluruh dunia.
Sumber: Oh! Media