Seorang lelaki berusia 22 tahun parah ditetak kerana dituduh merakam gambar suspek tapa kebenaran di sebuah kedai makan.
Dalam kejadian jam 5:30 petang Jumaat lalu di Matang, Kuching, mangsa bersama rakan wanitanya berkunjung ke premis itu untuk minum petang sebelum merakam gambar selfie bersama.
Tetapi gelagat mereka itu tidak disenangi oleh seornag lelaki yang berada di premis itu dan menuduh mereka cuba merakam gambarnya tanpa kebenaran.
Mangsa menafikan tuduhan itu dan berlaku pertengkaran di antara mereka, sebelum suspek beredar dari premis dan 15 minit kemudian dia kebali dengan parang lalu menyerang mangsa.
Suspek juga dikatakan cuba merampas telefon bimbit mangsa dan terus melarikan diri.
Mangsa yang cedera di tangan dan kaki kemudian dibantu oleh rakan dan orang awam yang menyaksikan kejadian itu.
Mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak dan dirawat di Unit Kecemasan.
Sumber: Utusan Borneo
Sumber : thereporter.my