'Saya minta maaf' - Fathia sedar kesilapannya, janji lebih berhati-hati selepas ini


Pelakon Nur Fathia Latiff hari ini memohon maaf di atas tindakannya menyindir netizen yang mempersoalkan keputusannya tidak lagi memakai tudung. 

Pelakon berusia 32 tahun itu membuat permohonan maaf secara terbuka melalui Instastory di Instagramnya bahawa dia telah sedar dengan kesilapan itu dan tidak akan mengulanginya. 

"Assalamualaikum semua. Saya ingin meminta maaf di sini atas kekhilafan diri saya sendiri. 

"Saya tahu ramai yang sedih dengan saya. Saya minta maaf sekali lagi. 

"Saya tahu, pemakaian tudung adalah wajib sebagai orang Islam. Saya meminta maaf atas kesalahan percakapan saya. InsyaAllah saya akan lebih berhati-hati selepas ini," katanya. 

LAPORAN BERKAITAN:


Sumber : thereporter.my