'Saya akui kesilapan, saya hilang pertimbangan pada malam itu' - Mazlan


Pelawak Mazlan Ahmad, 50, atau Lan Pet Pet mengaku bersalah di atas tindakannya memukul seorang pengawal keselamatan di Acacia Park Desa Jati Nilai, pada 6 April lalu. 

Mazlan berkata demikian selepas didapati bersalah dan didenda RM2,000 di Mahkamah Majistret semalam. 

"Saya mengaku saya bersalah dan memohon maaf dengan apa yang berlaku. 

"Saya merancang untuk bertemu pakcik itu untuk menziarahinya. Pada pertemuan secara tertutup, saya akan mengakui kesilapan diri dan meminta maaf di hadapannya," katanya memetik laporan dari Harian Metro.

Mazlan menerima hukuman itu dengan hati terbuka dan akan membayar denda tersebut. Dia juga berharap, Yahya Manap, 70, akan memaafkannya. 

Menurut Mazlan, dia tidak tahu kenapa dia bertindak demikian pada malam kejadian sedangkan selama ini dia amat menghormati orang tua. Tambahan pula, dia didakwa di mahkamah buat pertama kali dan perkara itu amat menginsafkan dirinya. 

"Saya tak tahu kenapa saya perlu bersikap sedemikian pada malam kejadian. Selama ini saya sangat menghormati orang tua. 

"Saya mungkin hilang pertimbangan pada malam itu kerana ditekan dan provokasi," katanya. 

LAPORAN BERKAITAN:


Sumber : thereporter.my