Sabrina Tolak Lelaki Kaya dan Kacak - Mahu Yang Boleh Bimbing


Pelakon Sabrina Ali yang kini telah lima tahun bergelar ibu tunggal mengatakan dia lebih berminat untuk mencari jejaka yang boleh membimbing dirinya daripada lelaki yang kaya dan kacak.

Sabrina yang dikurniakan seorang anak perempuan dan 2 orang anak lelaki itu mengakui kini rapat dengan seorang jejaka yang dikenali setahun lalu.

“Dia hanya lelaki biasa, bukan dalam kalangan artis. Dia juga bukan juga ahli perniagaan,” katanya.

“Dengan status sekarang, saya mahu lelaki yang boleh membimbing. Soal lain, saya anggap bonus. Entahlah, mungkin niat saya selama ini bukan mahu mencari lelaki kaya atau berupa.

“Saya selalu pegang prinsip jika kamu melayan diri sendiri seperti ratu, pasti kamu dapat menambat hati seorang raja,” katanya berkias.

Sabrina juga mengakui lebih ceria dan menjaga kesihatan tubuhnya sejak hidup sendiri demi kepuasan diri.

“Saya selalu mahu memberi motivasi kepada wanita lain yang hidup berdikari agar menjaga penampilan.

“Pada akhirnya, bukan kaum lelaki yang menentukan itu dan ini, sebaliknya diri kita sendiri,” katanya.

Sumber: Berita Harian
Sumber: Oh! Media