Majlis Perasmian LMS yang pertama itu dirasmikan oleh Normah.
"Nama KERIS dipilih bersempena dengan nama Kapal Ronda (Patrol Craft) Kelas KRIS yang telah dilucutkan tauliah pada 1 Ogos 2005," katanya.
Bagaimanapun, timbul persoalan beberapa pihak yang mempersoalkan kredibiliti Normah yang merasmikan kapal tersebut.
Sementara itu, Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany berkata, upacara perlancaran dan menamakan kapal TLDM oleh seorang wanita atau 'Lady Sponsor' adalah acara tradisi sejak armada pertahanan maritim itu ditubuhkan.
Lady Sponsor atau wanita yang terpilih adalah daripada kalangan isteri kenamaan seperti isteri kepada Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, kerabat diraja atau Sultan.
“Bagi kapal-kapal yang dinamakan sempena nama negeri, isteri atau wanita yang ada kaitan dengan negeri terbabit akan dipilih," katanya.
Justeru katanya, upacara pelancaran dan penamaan kapal TLDM oleh wanita atau Lady Sponsor adalah amalan biasa.
Berdasarkan perkongsian netizen, portal Keadilan Daily pada Disember 2012 pernah mempersoalkan perkara yang sama terhadap Datin Seri Rosmah Mansor yang melancarkan Kapal Latihan Gagah Samudera milik TLDM.
"Siapa yang jadi Perdana Menteri, Najib ke Rosmah? Sepatutnya diberikan kepada Agong ataupun Permaisurinya. Paling tidak, ia harus ikut protokol. Bukannya kepada isteri Perdana Menteri yang baru empat tahun mentadbir.
"Dia (Rosmah) memang 'muka tebal', tak tahu malu. Ini akan buatkan rakyat bertambah meluat dengan sikap beliau yang akhirnya memberi kesan kepada Najib (Razak)," katanya.
Sumber: Berita Harian, Keadilan Daily
Sumber : thereporter.my