Selepas kekalahan demi kekalahan yang dihadapi pasukan Manchester United, kini ada khabar angin mengatakan Paul Pogba dan Remelu Lukaku semakin hampir menemui jalan keluar dari United.
Pengursan kelab juga kini dilihat mempunyai keinginan untuk menjual Pogba dan tidak akan menolak jika ada pihak ingin membeli Lukaku.
Jika proses pemindahan ini berlaku, Ole Gunnar Solskjaer bakal meraih 200 juta pound bersamaan RM1.07 bilion untuk dibelanjakan bagi merombak dan membangun semula United.
United dikatakan menawarkan nilai sekitar 120 juta pound (RM640 juta) untuk Pogba, pemain yang dikatakan menjadi keutamaan oleh Zinedine Zidane di Real Madrid ketika ini.
Solskjaer bagaimanapun yakin Pogba akan terus kekal bersama United kerana tekadnya yang ingin melakar kejayaan bersama United.
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media