Vector, satu nama yang diberikan kepada rekaan kereta terbang milik Malaysia yang dipamerkan di LIMA, Langkawi dan menjadi perbualan dan kritikan ramai orang sekarang.
Namun, menurut penganalisi penerbangan Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar atau MB Terengganu, melihat kepada rekaan bentuk kereta terbang pertama Malaysia itu, maka perjalanan kita masih jauh.
Dr Ahmad Samsuri juga melihat rekaan berkenaan terganggu pada bahagian penutup jaring kipas bahagian atas yang hanya akan menyebablan angin yang keluar di bawah dalam keadaam seragam, namun akan mengurankan tujahan bagi mengangkat kenderaan lebih tinggi.
“Sekiranya reka bentuk dan pembinaannya menepati kejuruteraan dan segala prinsip, maka ia boleh berada di udara. Saya percaya, tentunya syarikat berkenaan mempunyai pakar teknikal yang berkebolehan, tetapi melihat kepada reka bentuk itu saya kira perjalanannya masih jauh.
“Jika ia adalah projek pelajar saya, komen awal akan diberikan terhadap reka bentuk pelik penutup berjaring di atas kipas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Bagaimanapun, Ahmad Samsuri memberitahu, pembangunan kereta terbang itu bukan sesuatu yang perkara mustahil kerana ia tidak berlawanan dengan prinsip kejuruteraan bahkan, sudah ada kenderaan yang mampu berada di ketinggian tertentu seperti dron yang mampu menjadikan manusia sebagai bebannya.
Sumber: Oh! Media