Pekerja Jepun memang sudah dikenali sebagai pekerja paling rajin di dunia sehinggakan ramai diantara rakyat mereka yang mati akibat terlalu kuat bekerja tanpa rehat yang cukup.
Baru-baru ini, pemerintah Jepun telah mengumumkan cuti terpanjang yang pernah diberikan iaitu selama 10 hari yang digelar sebagai Golden Week sempena sambutan peralihan takhta Maharaja Akhito kepada Putera Mahkota Naruhito.
Cuti yang bermula semalam 29 April dan 3-6 Mei itu bagaimanapun dikatakan tidak digemari oleh rakyat mereka.
Menurut laporan Daily Mail, 45 peratus rakyat Jepun yang bekerja tidak berasa gembira dengan pemberian cuti ini hanya 35 peratus sahaja yang menerima pengumuman ini dengan senang hati.
Perkara ini juga berpunca kerana mereka seakan berasa kekok jika menerima cuti yang panjang sehingakan tidak tahu apa yang perlu dilakukan selain menyelesaikan kerja di pejabat.
Jika kita diberikan cuti selama 10 hari di Malaysia, sudah pasti kita akan terbayang untuk bercuti bersama keluarga atau pulang ke kampung. Apa perancangan korang?
Japan kicked off an unprecedented 10-day holiday, including celebration days for the imperial transition, as airports were packed with record travellers while people queued at teller machines in the cash-dominated nation https://t.co/451XeS63iE— AFP news agency (@AFP) April 27, 2019
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media