Viral di media sosial gambar dokumen yang memaparkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mencadangkan agar nama Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dijenamakan semula dengan nama baru.
Difahamkan, cadangan penjenamaan semula itu dibangkitkan oleh Dato' Teng Chang Kim, Exco pelaburan, perindustrian dan perdagangan industri Kecil dan sederhana.
"...keperluan menjenamakan semula nama KLIA agar mencerminkan lokaliti lapangan terbang tersebut yang terletak di daerah Sepang, Selangor.
"Keperluan ini adalah seiring dengan nama lapangan terbang antarabangsa di luar negara yang menggunakan lokaliti sebagai nama rasmi lapangan terbang tersebut.
"Sehubungan itu, cadangan nama yang dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat Negeri adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (Sepang International Airport - SIA)."
Sumber - Facebook |
Sementara itu di media sosial, cadangan penjenamaan nama itu mendapat bantahan dari netizen yang menganggap ia tidak relevan sedangkan nama KLIA sudah lama digunakan dan dikenali serata dunia.
Sumber: Facebook
Sumber : thereporter.my