Microsoft Paint Tidak Akan Dihapuskan Daripada Windows 10


Korang mesti selalu menggunakan Microsoft Paint untuk mengisi waktu lapang sebelum wujudnya semua sosial media dan gadjet kan? Tapi untuk pengetahuan korang, pihak Microsoft sebelum ini ada mengumumkan mereka untuk membuang MS Paint ini daripada Windows 10.

Pada tahun 2017, Microsoft mengumumkan bahawa Paint tidak akan tersenarai sebagai perisian default dan hanya boleh didapati apabila dimuat turun di Microsoft Store. Ini dilihat satu proses yang agak melecehkan dan rumit kerana walupun mungkin ia kurang lagi digunakan, namun pengguna lebih suka jika ia dimasukkan terus ke dalam perisian.

Disebabkan itu, pihak Microsoft telah membuat keputusan untuk tidak menghapuskan Paint dan akan memasukkan semula ke dalam komputer atau laptop yang menggunakan Windows 10 dan ke atas.
Sumber: Oh! Media