Tidak dinafikan ada netizen yang tidak gemar menonton video viral itu yang dianggap telah mencemarkan budaya, tidak matang dan memalukan keluarga.
Menyedari video itu banyak menerima komen netizen, penganjur dan pasangan pengantin itu tampil memberi penjelasan kepada netizen.
"Komen-komen agak kasar, saya rasa bertanggungjawab untuk jernihkan keadaan.
"Saya penganjur event geng mainan dan cosplay Collectors Toy Fair Kuala Lumpur (CTFKL) yang berdaftar. Mereka berdua ini memang geng cosplay dah lama, sudah diijabkabul pada 12 Mac 2019 dan ini merupakan persandingan kali ketiga.
"Kami geng mainan hanya meraikan mereka dalam tempoh 30 minit sahaja dan event itu adalah event amal untuk anak yatim dan asnaf raudah Gombak," kata Wan Muhammad Aznan Dato Wan Azmi.
"So memang banyak stok gambar boleh tunjuk kat anak cucu cicit. Time saya bersanding bulan lepas, siap bapa saya sendiri yang meminta Power Rangers datang ke majlis kami. Jadi, celah mana nak malu sangat tu? Keluarga pun tahu tentang hobi cosplay kami.
"Yang upload dan viral video itu bukan kami. Tetapi netizen mengutuk kami dengan mengkhinzir buta.
"Diharapkan penjelasan ini dapat menutup segala fitnah dan andaian yang tidak baik," katanya.
Sumber: Yuoichi Hayato, Wan Kedah
Sumber : thereporter.my