Amerika Syarikat nampaknya telah menyenaraikan Malaysia sebagai negara 'K' yang bermaksud mempunyai risiko pencuikan dan dijadikan tebusan.
Penyenaraian Malaysia sebagai negara 'K' itu dilakukan oleh Travel Advisory (Nasihat Perjalanan) dan dikeluarkan oleh Jabatan Negara AS.
Mereka turut memberi peringatan kepada rakyat mereka supaya berjaga-jaga sekiranya mahu melancong ke Malaysia dan ini diutamakan di sebelah pantai timur Sabah yang sebelum ini dilihat berlaku beberapa kes penculikan pelancong.
Namun, perkara ini ditentang sekerasnya kerajaan Malaysia dan menganggap ia tidak menyatakan fakta sebenar apa yang berlaku di Sabah.
“Keadaan keselamatan di Sabah adalah terjamin dan ia selamat untuk dikunjungi oleh pelancong.
“Buktinya, jumlah pelancong yang mengunjungi Sabah pada tahun lalu meningkat sebanyak 5.5 peratus mencecah 3.87 juta orang.
“Dalam pada itu, kes penculikan (pelancong) juga menurun serta boleh dianggap tidak lagi berlaku, dan timur Sabah terus menarik kunjungan penyelam bertaraf dunia,” kata Kementerian Luar.
Sekarang, negara kita boleh dilihat bersama negara-negara dengan tanda 'K' seperti Afghanistan, Bangladesh, Cameroon, Afrika Tengah, Colombia, Ethiopia, Haiti, Iran, Iraq, Kenya, Mexico, Nigeria, Pakistan, Filipina, Syria, Trinidad dan Tobago, Turki, Uganda, Ukraine (di timur Ukraine yang dikuasai Russia) dan Yaman.
Sumber: Oh! Media