MELAKA – Penantian selama sembilan tahun untuk menyaksikan pelumba negara meraih podium pertama Le Tour de Langkawi (LTdL) terlerai pada saingan edisi ke-24 peringkat kedua yang bermula dari Senawang, Negeri Sembilan hingga Melaka hari ini.
Jaguh pecut dari pasukan Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG), Mohd. Hariff Saleh menggamatkan suasana di Dataran Pahlawan selepas muncul sebagai juara dengan catatan masa sebanyak 4 jam 53 minit 20 saat (s).
Lebih menarik pelumba kelahiran Terengganu itu turut memintas pelumba legenda LTdL, Andrea Guardini dari Bardiani CSF (Itali) pada saat akhir untuk bergelar juara peringkat buat kali pertama pada saingan LTdL.
Kali terakhir pelumba negara meraih kejuaraan peringkat adalah menerusi Anuar Manan pada perlumbaan LTdL 2010. – K! ONLINE
Sumber: cempedakcheese.com