Liverpool Semakin Garang Bagi Pastikan Kejuaraan Milik Mereka


Tanpa belas kasihan, pasukan Liverpool terus menggunakan peluang ini dengan sebaiknya apabila berjaya mendapatkan 3 mata berharga dengan menewaskan pasukan Huddersfield Town 5-0 yang kini telah tersingkir ke Liga Kejuaraan.

Sadio Mana dan Mohamed Salah sekali lagi meledak gol berbisa mereka dalam saingan Liga Perdana Inggeris dalam membantu pasukan kembali merampas puncak liga daripada Manchester City.

Dalam saingan pagi tadi, Liverpool hanya memerlukan 14 saat untuk membuka jaringan apabila pertahanan Huddersfield, Jon Gorenc Stankovic tersalah hantar bola kepada Salah yang berada di luar petak penalti lalu mengumpan kepada Naby Keita yang mudah menolak masuk gol pendahuluan.

Mane menanduk masuk gol kedua pada minit ke-23, menyudahkan hantaran lintang Andy Robertson dari sebelah kiri selepas Virgil Van Dijk memulakan gerakan memecah kubu lawan dari belakang.



Salah memastikan Huddersfield ketinggalan 0-3 sebelum rehat selepas menyempurnakan hantaran jauh Trent Alexander-Arnold sekali gus melepasi jangkauan penjaga gol, Jonas Lossl yang sudah terkeluar dari posisinya.

Mane menjaringkan gol keduanya pada minit ke-66 selepas menerima umpanan Jordan Henderson dan hampir mencipta hatrik pada minit ke-78 selepas menanduk hantaran lintang Xherdan Shaqirin namun terkena palang.

Salah memastikan Liverpool mendahului 5-0 di hujung babak kedua dengan menolak mudah hantaran Robertson.

Adakah anak buah Pep Guardiola mampu kembali merampas kedudukan teratas liga jika menewaskan Burnley, esok? Sama-sama kita nantikan.

Sumber: Berita Harian
Sumber: Oh! Media