Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun Akan Bersara Pada 3 Mei Ini


Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini telah membuat kunjungan hormat ke tempat Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kunjungan hormat ini dilakukan berikutan Mohamad Fuzi bakal bersara wajib pada Jumaat ini bersamaan 3 Mei 2019.




Mohamad Fuzi sebelum ini adalah Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman dan kemudiannya menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 4 September 2017 sebagai Ketua Polis Negara.

Maklumat lain berkenaan siapakah bakal pengganti Ketua Polis Negara yang baharu belum diumumkan lagi buat masa ini.


+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media