JDT Gagal Pastikan Kemenangan di Pandang Sendiri


Nampaknya Johor Darul Ta'zim, JDT tidak dapat memastikan mereka untuk terus berada dalam saingan Liga Juara-Juara Asia apabila terkeluar daripada pusingan 16 terakhir setelah tewas 0-1 kepada Shandong Luneng FC malam tadi.

Ini merupakan pertemuan kedua Harimau Selatan dengan pasukan dari China itu menyaksikan jaringan pertama mudah disempurnakan pemain Shandong Luneng, Graziano Pelle pada minit ke-21.

Corak permainan JDT kelihatan garang pada permulaan permainan, namun lemah selepas pelawat mendapat jaringan gol.

Pada masa pertama, JDT dilihat hanya memasukkan seorang sahaja pemain import dan pada babak kedua terpaksa bermain bermatian-matian sebelum menggunakan tiga pemain simpanan, Cabrera, Safawi Rasid dan Hazwan Bakri. Namun mereka tetap gagal mendapatkan gol walau cubaan demi cubaan dilakukan.

Kemenangan berkenaan meletakkan Shandong Luneng sebagai pendahulu Kumpulan E dengan lapan mata.

Sumber: Berita Harian

Sumber: Oh! Media