'Insiden itu (Lan Pet Pet) bukan perkara besar' - Che Ta


Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta berkata, isu yang menimpa adik iparnya,  pelawak Lan Pet Pet bukanlah perkara besar. 

Berkata kepada mStar Online, Che Ta juga meyifatkan laman sosial seperti Instagram dan Facebook ibarat dajjal kecil dalam menyebarkan fitnah. 

"Sebenarnya insiden itu bukan perkara besar. Cuma sebab video itu menjadi viral. Lan pun elok sahaja buat persembahan dekat Johor sekarang. 

"Instagram, Facebook seperti itu sebenarnya dajjal kecil. Perkara seperti ini kalau kita tak tahu hujung pangkal kedua-dua belah pihak, ia akan jatuh fitnah," katanya. 

Minggu lalu, viral di media sosial video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan pelawak terbabit membelasah dan menerajang pengawal keselamatan berusia 70-an dalam kejadian di Taman Acacia, Nilai. 

Ekoran kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan trauma serta sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelawak terbabit. 

Sumber: mStar Online

LAPORAN BERKAITAN:


Sumber : thereporter.my